5 Soalan Yang Tidak Perlu Ditanya Pada LELAKI
Tanyakan apa saja kepada lelaki tapi jangan lima perkara ini. Kenapa? Sebabnya, kebanyakan lelaki begitu tidak senang apabila kaum wanita mula bertanya berkenaan lima perkara yg
dianggap 'tabu' oleh mereka.
Jangan sampai hubungan mesra anda dan pasangan jadi 'panas' gara2 tersalah tanya. Semaklah soalan di bawah supaya anda tidak terlepas tanya pada org yg tersayang.
1. Kenapa dgn awak ni? Awak ada perempuan lain ya!
Jangan sekali2 menanyakan soalan ini kepada pasangan
anda. Kalau pasangan sudah memilih anda tentu ia
dilakukan dgn pelbagai pertimbangan matang. Walaupun
si dia mengagumi perempuan lain, tidak ada salahnya kan,
asalkan dia tidak sampai mempunyai hubungan. Jangan
letakkan diri anda pada posisi yg berbahaya. Terus-menerus
bertanyakan hal yg sama hanya akan membuat pasangan
anda berfikir anda tidak mempercayainya.
2. Ceritakanlah tentang hubungan awak dgn kekasih dulu?
Wanita memang selalu ingin tahu tentang masa lalu
kekasihnya. Wanita ingin tahu bagaimana kehidupan
percintaan pasangan dgn bekas isterinya atau bekas
kekasihnya, bahagiakah atau bagaimana mereka boleh
berpisah. Lelaki sebenarnya tidak suka mengungkit
kenangan lama dgn bekas kekasihnya atau bekas
isterinya. Dia mahu memulakan hidup baru dan
menutup buku lama. Sebaiknya, jangan mendesaknya
utk bercerita tentang hubungan masa lalu, kecuali kalau
si dia dgn rela hati berkongsi cerita.
3. Sampai bila hubungan kita harus begini?
Tahukan anda, lelaki amat tidak suka terburu2 sedangkan
kaum wanita amat suka membicarakan soal status, kan?
Lelaki paling tidak senang kalau diajak berbicara soal
perkahwinan sedangkan baru tiga bulan berpacaran! Tunggu
masa yg tepat utk membicarakan hal ini.
4. Apa yg awak fikirkan tadi?
Wanita selalu berfikir bahawa lelaki hanya memikirkan
tentang mereka saja di tempat tidur. Sebenarnya tidak
begitu. Meskipun pasangan atau kekasih anda mencintai
anda sepenuh hati, dia tidak semestinya berfantasi tentang
hubungan intim dgn anda. Lelaki juga akan membayangkan
dirinya bersama dgn wanita pujaannya selain diri anda.
5. Kenapa awak selalu dgn kawan2 awak saja? Saya
bagaimana?
Pasti anda tahu, ada sesetengah wanita sangat posesif
pada pasangannya hingga ingin tahu setiap perkara yg
dilakukan pasangan, termasuk dgn teman2nya. Wanita
mahu turut serta dilibatkan dlm pergaulan mereka,
dikenalkan dgn para sahabat pasangan, agar kehadirannya
'diakui'. Bahkan utk kes yg ekstrem, ada yg berasa
terancam bila pasangannya menghantar kakak atau
ibunya ke pasar!. Ketahuilah, lelaki juga perlu bergaul
dgn orang selain anda. Jika anda mencintainya, biarkanlah
dia bergaul dan mengisi keperluan hidupnya. Si dia tentu
akan berterima kasih dan sebagai balasannya, pasti dia
akan mencintai anda sepenuh jiwa.
Posted at 08:22 am by noor_fitri
Permalink